Jumaat, 12 Oktober 2012

KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA, TUMBUHAN DAN HAIWAN LAIN

1. Kepentingan haiwan kepada manusia

  • sebagai sumber makanan - daging, susu
  • mendapatkan baja - baja urea dari najis lembu, kelawar, kambing, ayam
  • membuat pakaian - bulu haiwan seperti harimau, beruang 
  • alat pengangkutan - kuda, unta, anjing digunakan oleh orang Eskimo di Kutub Utara
  • membantu di sawah padi untuk membajak
  • sumber pendapatan - ikan, kambing, lembu, ayam
  • sumber ekonomi - penternakan lembu, kambing, ayam
  • mengawal keseimbangan alam - rantai makanan, siratan makanan
2. Kepentingan haiwan kepada tumbuhan
  • agen pendebungaan bagi bunga-bungaan - lebah, kelulut
  • membantu penyebaran biji benih tumbuhan - burung, kera 
  • memperoleh baja untuk lebih subur dalam tumbesaran - baja urea
  • sebagai bahan mineral dalam tanah apabila reput
  • agen dalam kitar nitrogen
3. Kepentingan haiwan kepada haiwan lain
  • sebagai sumber makanan - cacing -----> ayam, itik; rusa -----> harimau, singa